CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan"

"“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

Freedom for Palestine!!!

Monday, November 30, 2009

Masih adakah isteri semulia Aliyah?

I copied this from my e-mail . . . its a nice story. Just want to share it. Read on . . .

"Sayang, Abang minta izin untuk menikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya...

************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal
selamanya.. You would only appreciate
things when you lost it..

Penulis asal tidak diketahui ...

Sejarah sebalik Hari Raya Korban

Assalamualaikum!

How's your day? Hopefully semua dalam perlindungan Allah jua...Ameenn!! Well, i've been stuck at home eversince exam's over. Trying to apply for jobs...mudahan ada rezeki. Since we are still in Raya Haji mood, i think its best to talk about some history of Hari Raya Haji/korban.


Selamat Hari Raya Korban to all muslims…I hope I’m not that late. Well, cakap pasal korban ani let us dig in the history behind raya korban. As we all know, raya korban ani or we called it “The Sacrifies” is pengorbanan Nabi Ibrahim and his son, Nabi Ismail Alaihi Salam. In which Nabi Ismail is about to dijadikan korban and kerelaannya disebabkan oleh ketakwaan kepada Allah. And also ketaatan ayahnya Nabi Ibrahim kepada Allah Aza Wajalla. Masya Allah!

If tani fikirkan balik, erti pengorbanan yang sebenar adalah apa??

Nabi Ibrahim sanggup kan korbankan anaknya, darah dagingnya sendiri pasal apa…pasal semata-mata kerana ketaatannya kepada Allah. Kerana cintanya Nabi Ibrahim kepada Allah. Kalau tani sanggup kan tu? Well, we are not in any position to compare ourselves with tahap keimanan Nabi Ibrahim. Tahap iman durang atu jauh lebih tinggi daripada kitani semua. Yang kitani dapat buat ialah fikirkan balik pengorbanan kitani selama ani as hamba Allah di muka bumi. Apa pengorbanan yang sudah kitani buat?? Nabi Ibrahim diuji catu...ktani cemana? Segala mcm dugaan yg ktani hadapi di muka bumi ani nda ternilai or not comparable berbanding dengan ujian mereka... Let us muhasabah diri kitani. Ktani pun masih berungut if ada dugaan, nda sabarlah . . . lupa kitani bahawa atu pun sebahagian daripada nikmat yg Allah beri arah kitani.

“Kejayaan memerlukan pengorbanan”, I have no doubt in that. In order to achieve the success that all of us been dreaming of, we tend to sacrifice our time, our effort and lots more to think of. When I said time here, it means that our time spends on studying; researching . . . didn’t we all sacrifice? Well, we could have gone shopping, or playing games, or even exchange stories with friends, hang out and stay out late and so forth. But we chose not to…why? Because we want to achieve the success which we have dream of so we kept all those things which will interfere with the results latter aside. Well, kejayaan or success will not work if we just work hard on the effort maksudnya kejayaan nda akan datang if tani usaha saja… After we work hard, don’t forget to pray to Allah. Kan slalu lapas tani usaha yang penting banyakkan berdoa and bertawakkal kepada Allah. We pray so that all our efforts will pay off in the end…all our hard works will result in great success at the end of the day. Ameenn!!

Well, that was only sacrifices in success view…balum lagi other views…not all yet. If I were to talk about it…it would be very long. So just hear it from the others’ views. All are welcome to point out their views here…

“Semua yang baik hanya dari Allah, dan semua yang kurang baik datang dari diri saya sendiri due to my lack of knowledge . . . please guide me :)” Let us muhasabah diri kitani sendiri and also myself . . . cukupkah pengorbanan kitani selama ani??


This is taken from some part of an article:

"Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan" - iluvislam.com

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.


Thank you for your time reading . . . if you want to add more you are more than welcome! :)

Sebagai renungan:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),'

(As-Saaffat:102-103)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Assalamualaikum!

Just want to wish all muslims,

"Selamat Hari Raya Aidil Adha"

I guess its still not too late for that :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,


I copied this doa from the following website. Its really nice! :)

tazkirah.wordpress.com

Friday, November 20, 2009

::SMILE:: :) :) :)



SMILE everyone :)

Tapi senyumlah dgn se ikhlas hati kay!

Senyum kan sebagai satu sedekah :)

Good Luck to yg kan exam!! :)

Salam peeps :)

I'm going to have my final exam this coming Sunday. Yeap..Sunday! Cali ah? I wish my self luck and all the best hehehe... People, doakan untuk ku jua ahh? hee..thanx! :)
"Ya Allah permudahkan aku untuk menjawab soalan-soalan atu nanti..ameeenn!"
Well, since my exam will be maths (Complex analysis) mmang pun complex..hehehe.. i thought it would be nice if i add this one in . . .


Align Center


To all my friends yg bakal berjuang jua di coming Sunday... Selamat berjuang! Semoga segala usaha kitani nda kan sia-sia nanti..insya Allah!! GOOD LUCK! :)




::Lils::

Saturday, November 14, 2009

Apa tujuan kitani hidup?? :)

Assalamualaikum :)

This question was raised last night to me...at first i had no idea what to say. I need to think thoroughly so i can give the right answer. Tapi sudah difikirkan...apakah tujuan kita hidup di dunia? Maksudnya lagi perkara-perkara yang kitani ingin capai? Honestly, there seems to be a lot! But the sole reason and our top priority is to serve Allah. Well, that goes on top of my list. Mencari keredhaan Allah. Then mencari 'ketenangan hidup' . . . Semua urang inginkan ketenangan dalam kehidupan masing-masing. Then after that will be my endless wishlist yang balum lagi tercapai. . . hehehe.. mcm?? Mcm... sanangkan parents and family, sambung belajar, getting married, . . . and banyak lagi!

So question for you , , , "Apa tujuan kitani untuk hidup?" :)Align Center




Nicceee . . . :)

New look!

Assalamualaikum!

This is the new look for my blog, took very long time to usai sana sini... but alhamdulillah siap.. not that perfect though.. but i like it! :)

::Blueberry cheese::

Sunday, November 8, 2009

Undefined (2) :)

Assalamualaikum,

Been busy with stuff, tapi sibuk pasal apa ah?? Ntah, just rasa sibuk hehehe...menyibuk kan diri lah. Its my first time staying up late on saturday night . . . (banar kan tu??) Well, the main reason is because sunday morning nda lagi ada mengajar tuition. . . yeeaaa...cuti! I've been longing to wake up late (sikit..) on sunday morning.. to watch the ray of light passing through my curtains . . . cchheewwaahh :) I LIKE!! Aku mau jalaann...bali baju baru. But i have to study for my second test this monday! I'm still struggling with Laurent Series and Residues and yg sewaktu dengannya.....yg lain kira okaylah alhamdulillah...yg towards the end saja...still NOT okay.

Tadi makan malam di Swensen, The Mall....banyak menu baru...hehehe batah sudah nda kesana, ntah berapa lama dah.. iatah baru tau :) TAdi ada ICT fair kah...di Mall.. panuuhh . . lots of people.

I bought a new book tadi, "The Last Lecture" by Randy Pausch. Serious bunyinya...tapi ndalah. Its a true story. This guy, he's a professor. He had this cancer and he only have few months to live...so this was his last lecture. But it wasn't like any other lectures. The title of his lecture was "Really achieving Your Childhood Dreams". In which it tells us about the importance of overcoming obstacles . . . mcm2 lagi lah. I haven't finish reading the book yet.. baruu jua chapter 4 :)

I think that's it for now...ngalihh kuu hehehe :)

"Do you give up the struggle to overcome your own limitations on the first attempt, or do you keep on with it, trying a second time, a third time, and continuing on in the challenge for the rest of your life? That is the only difference between the genius and the ordinary person."

*Quote from Words of Wisdom*

::PEace::