CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan"

"“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

Freedom for Palestine!!!

Tuesday, December 22, 2009

Never give up <3

Its really motivating...cuba baca :) Never give up on anything, just because it doesn't go the way u want it to be . . .




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu..."

Happy Birthday to me ! !

Assalamualaikum,

Its my birthday today...hee...received lots of wishes, truly appreciate it :) May Allah bless all always ameenn... xoxo
I read one really nice word to ponder upon ;

"Sesungguhnya umur itu suatu amanah untuk kita, suatu masa akan ditanya kemanakah ianya telah digunakan. Oleh itu syukurilah nikmat umur yang telah dikurniakan kepada kita dengan kebaikan..."

:::Peace:::

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 M

Cinta :)

Lawa words nya :)


Salam Maal Hijrah 1431 M :)

Assalamualaikum

To all "Salam Maal Hijrah 1431M" ... Semoga di tahun baru ani membuka lembaran yang baru untuk kita semua. Hopefully kita akan menjadi yang lebih baik dari yang sebelum nya ameeenn...insya Allah! Sama-sama jua kita menghayati erti sebenar hijrah . . . dalam menjalani kehidupan kitani everyday and jua perjalanan kita mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Will post more soon, insya Allah :)


I like this video, "Warkah ke Syurga" . . . Enjoy! Semoga ia akan menjadi muhasabah untuk diri kita dan sentiasa mengingatkan diri kita yang lupa :) :::PEACE:::


Tuesday, December 8, 2009

Janji dan Sumpah Iblis terhadap wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...


:::Copied this from my e-mail:::
Lila :)

Tuesday, December 1, 2009

La Tahzan

"...Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (QS 13:28)

Walau apa pun ujian dan dugaan yg ktani hadapi . . . pasti akan ada jalan keluar. Pesanan Nabi Muhammad SAW: "Sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar." It means that tidak ada satu ujian dan dugaan yg ktani hadapi yg akan kekal. Oleh itu jalan kan lah kehidupan ktani ani dengan penuh keyakinan dengan bertawakkal kepada Allah. Kasih syg Allah nda akan putus kepada hamba-Nya. Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan akan ada penghujungnya, "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya" (QS Ath-thalaq :4)

I want to add this as well, from an article i've read:

"...Maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan merasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hamba-Nya tidak berputus asa dari rahmat Allah.....

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya apa yg kita lakukan adalah kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia"

:::Lila:::